Twitter
telah pun menyokong kebolehan untuk tag lokasi pada setiap Tweet yang dihantar
ke perkhidmatan tersebut. Namun, lokasi yang di tag adalah di kesan secara
automatik berdasarkan kedudukan pengguna, dan boleh dikatakan kadang-kala tidak
begitu spesifik untuk sesuatu lokasi. Kini, dalam menambah-baik fungsi
berkenaan, Twitter dilihat bekerjasama dengan pihak FourSquare.
Melalui
kerjasama ini, apabila pengguna memilih untuk tag lokasi, mereka akan
diperlihatkan nama lokasi dan tempat yang lebih spesifik berbanding kebiasaan –
sekaligus membolehkan pengguna tag nama kedai, bangunan dan sebagainya pada Tweet
yang dihantar oleh mereka.
Twitter
tidak memberikan sebarang tarikh untuk pengenalan fungsi ini, dan sekadar
mengatakan ia akan hadir tidak lama lagi. Mungkinkah kita akan melihat fungsi
ini diintegrasikan pada kemaskini aplikasi Twitter yang akan datang?
No comments:
Post a Comment