Berita
baik kepada pembajak sistem operasi Windows seluruh dunia. Microsoft tidak akan
menghukum anda sekiranya anda pengguna sistem operasi mereka secara cetak
rompak. Pengguna Windows 8.1 dan 7 akan dapat melakukan kemas
kini secara percuma apabila Windows 10 dijangka memasuki pasaran musim
panas akan datang.
Apakah
logik di sebalik tindakan Microsoft ini? Pertama sekali ia mengurangkan fragmentasi
di kalangan pengguna. Strategi ini sama seperti strategi sistem operasi peranti
pintar yang memberikan kemas kini terbaru tanpa sebarang bayaran. Dengan
penggunaan satu sistem operasi secara menyeluruh ianya juga menjimatkan kerja
yang perlu dilakukan oleh Microsoft untuk memperbaiki kerentanan
pada sistem operasi pelbagai versi. Ianya juga berharap dapat
memastikan pengguna di sektor korporat untuk dapat mengemaskini kesemua
komputer Windows mereka kepada versi lebih selamat tanpa perlu memikirkan kos.
OS X Dan iOS
Dilaporkan Antara Sistem Operasi Dengan Kerentanan Yang Tinggi Sepanjang 2014
Setiap
kali bercakap dengan masalah sekuriti dan kerentanan, sistem operasi Windows
akan menjadi fokus ramai. Namun, kini melalui laporan yang dikeluarkan oleh
GFI, ia dilihat Windows tidak lagi menduduki tangga teratas pada tahun 2014
yang lepas, sebaliknya sistem operasi OS X dan iOS menduduki tangga teratas.
Melalui
laporan GFI, OS X dan iOS menduduki tangga teratas dengan masalah sekuriti yang
dilabelkan sebagai amat tinggi, dan pertengahan, dan diikuti oleh Linux. Sistem
operasi Windows milik Microsoft menduduki tangga-tangga seterusnya selepas itu.
Apa
pun, hendaklah diambil perhatian yang mana versi untuk Windows diasingkan
mengikut versi, dimana apabila digabungkan, angka kerentanannya melangkaui
angka kerentanan yang dilaporkan untuk OS X dan iOS. GFI tidak menyebut apakah
versi sistem operasi OS X yang terjejas – ataupun ia meliputi ke semua versi
sistem operasi.
Selain
daripada sistem operasi, laporan sama juga turut memfokuskan kepada
aplikasi-aplikasi yang terjejas dengan kerentanan, dan menduduki tangga teratas
adalah Internet Explorer.
Microsoft
sendiri dilihat telah mula memberikan perhatian kepada perisian mereka, dan
ingin membawa kepada sekuriti yang lebih baik pada Windows 10, selain turut
memilih untuk gantikan Internet Explorer dengan pilihan pelayar web baru.
Dengan
perkembangan arena internet dan dunia web, masalah sekuriti telah menjadi salah
satu masalah utama. Pada minggu lepas sahaja, kita telah mendengar mengenai
masalah adware Superfish yang disertakan oleh Lenovo pada komputer riba mereka.
Namun,
pihak Microsoft dilihat mengambil langkah pantas dengan menawarkan penyelesaian
untuknya melalui Windows Defender dalam masa lebih kurang 24 jam.
No comments:
Post a Comment